1.PENGENALAN
Urf dan adat
adalah satu aspek atau ciri yang terpenting dalam kebudayaan semua bangsa. Ia
bukanlah mempersulitkan kehidupan malah berperanan dalam mengatur tatacara
hidup bermasyarakat dan juga kehidupan setiap anggota masyarakat itu. Pada
umumnya, masyarakat masih berpegang kepada adat dan tradisi masyarakatnya
terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat. Dari
semasa ke semasa adat resam yang tidak jelas tujuan dan maksudnya akan
ditinggalkan oleh masyarakat berkenaan.
Syariat Islam memelihara 'urf manusia dengan syarat
tidak berlaku kerosakan dan tidak hilang kepentingan (maslahah) kehidupan.
Maksud ‘urf mempunyai hubungan yang erat dengan maksud adat di mana kebanyakan
sarjana Islam tidak membezakan di antara kedua-duanya . Kedua-dua maksud ini
merupakan sebahagian daripada unsur-unsur corak kebudayaan. Dalam penggunaan
bahasa Melayu maksud 'urf jarang diguna pakai berbanding dengan perkataan adat.
Urf
merupakan salah satu sumber penting untuk mengeluarkan hukum syarak walaupun
ada di kalangan para ulama yang tidak mengiktirafkannya sebagai salah satu
sumber hukum. Namun begitu, para ulama yang mengiktirafkannya melihat ia
sebagai salah satu sumber yang amat penting terutama dalam permasalahan yang
berkaitan dengan hubungan antara sesama makhluk dan dalam beberapa aspek lain
juga tidak dapat di nafikan, kerana di sana ada persoalan yang tidak dapat di
selesaikan dengan menggunakan sumber-sumber yang disepakati iaitu al-Quran,
Al-Sunnah, ijmak dan qiyas.
KONSEP ‘URF DAN ADAT
DEFINISI ‘URF
Secara etimologinya perkataan ‘urf berasal dari
perkataan Arab ‘Arafa yang mengetahui.
(m.816H) di dalam kamus istilahnya al-Ta’rifat,menjelaskan istilah urf
sebagai perbuatan atau kepercayaan dalam
mana orang berpegang teguh dengan persetujuan kekuatan mental dan tabiat
semulajadi mereka juga mahu menerimanya sebagai benar.
Wahbah al-Zuhayli menukilkan pandangan al-Ghazali
dalam bukunya al-mustasfa min Ilm al
Usul yang menghuraikan urf sebagai sesuatu kebiasaan hidup yang diterima akal
dan tabiat murni. Mustafa Dib al Bugha mendakwa kenyataan tersebut adalah
pandangan Abd Allah Ahmad al Nasafi dalam karangannya al-Mustasfa fi al fiqh.
Seterusnya al Zuhayli mendefinisikan urf sebagai perkara yang menjadi kebiasaan
orang ramai dalam transaksi (muamalah) dan mereka bersikap konsisten dalam
urusan mereka.
Justeru sesuatu perbuatan atau tindak tanduk yang dilakukan
secara berulang kali, baik oleh individu atau masyarakat akan membentuk satu
kebiasaan. Apabila kebiasaan itu diterima secara meluas , ia akan membentuk
urf. Apabila urf berakar umbi akan terhasillah pola budaya.
DEFINISI ADAT
Istilah adat mengalami proses perkembangan yang
dinamik dalam pemikiran orang melayu. Pada peringkat awalnya, istilah adat
identic dan sinonim dengan istilah kebudayaan. Adat secara tradisi merupakan
satu merupakan satu cara hidup. (the way of life) suatu masyarakat.
Istilah ini dapat ditemui dalam karya Melayu Klasik. Misalnya dalam Sejarah ada
menyatakan:
“Maka sembah Menteri Jana
Putera,; “Tuanku, akan adat kami islam….”
Istilah adat dalam frasa tersebut merujuk kepada cara
hidup iaitu kebudayaan. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan pernyataan Abdul
Samad Ahmad (Asmad) bahawa istilah kebudayaan mula dikenali oleh masyarakat
umum di negara kira-kira pada awal tahun 40-an. Sebelum itu, perkataan atau
istilah yang terpakai dalam percakapan dan tulisan adalah adat dan adat istiadat.
Istilah adat sebenarnya
berasal dari perkataan Arab al-‘awd yang bererti berulang-ulang. Menurut Ibn
Manzur perkataan adat sinonim dengan al daidan iaitu kebiasaan. Istilah adat
diterima pakai dalam masyarakat alam melayu secara meluas dan mendalam pada
peringkat awal merangkumi keseluruhan cara hidup sehinggalahkebiasaan yang
terkecil seperti cara makan atau duduk. Kepelbagaian ini dapat ditafsirkan oleh
para sarjana dan budayawan.
Pengarang Mu’jam lughat
fuqaha menjelaskan adat sebagai perbuatan yang dilakukan oleh manusia
berasaskan rasional berulang kali tanpa bebanan. Sehubungan dengan itu. Perkara
yang konsisten dilakukan oleh manusia sebagai melaksanakan nas syarak dari adat
Kazim menghuraikan adat
sebagai sesuatu yang menjadi kebiasaan manusia dan mengalaminya dalam bentuk
perkataan, perbuatan atau meninggalkan tindakan tertentu. Perkara itu berlaku
berulang-ulang sehingga mempengaruhi diri manusia dengan memberi kepuasan dan
perkara itu juga diterima akal.
Abdul Samad Idris
mendefinisikan adat sebagai satu-satu amalan yang ghaib atau biasa dilakukan
oleh sesuatu kelompok masyarakat dalam mengatur cara hidupnya sehari-hari. Sama
seperti konsep yang diutarakan oleh Asmad yang mana adat dikenali sebagai suatu
perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangsa yang
berkenaan. Begitu juga adat dikonsepsikan sebagai peraturan yang sudah
diamalkan turun temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hokum yang
harus dipatuhi. Selain itu, adat juga dihuraikan sebagai reality kehidupan
sosial yang tidak bercanggah dengan syariat.
Sebelum tingkah laku itu
menjadi adat perlakuan itu mestilah diperakukan, diamalkan seterusnya
diperturunkan kepada generasi-generasi berikutnya. Ada kalanya penerimaan
sesuatu perlakuan itu akan diperkuatkan oleh hukum adat. Mereka yang melanggar
adat akan dikenakan denda atau isbat sosial.
Secara umumnya, definisi
adat dalam pemikiran orang Melayu boleh disimpulkan dalam beberapa pengertian.
Ø Amalan,
perbuatan, kelakuan, tingkah laku yang menjadi kebiasaan seperti jual beli
secara unjukkan, harta sepencarian dan
sebagainya.
Ø Norma
hukum dan peraturan pemerintahan yang dilaksanakan dalam masyarakat, contohnya
Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
Ø Prinsip
alam semula jadi. Seperti adat api membakar dan air basah.
Ø Upacara
atau istiadat dalam bidang kehidupan seperti perkahwinan, kelahiran, kematian,
kepercayaan dan sebagainya.
Ø Susunan
atau sistem masyarakat dan institusi kemasyarakatan seperti sistem kekerabatan
kehartaan politik sebagainya. Contohnya, bentuk kekerabatan matrilokal,
unilokal, struktur politik dan sebagainya.
PEMBAHAGIAN
AL-‘URF
Di dalam ‘urf terdapat beberapa pembahagian iaitu dari
aspek sebab dan pergantungan, aspek sumber dan juga aspek perakuan dan
penolakan syarak. Dari aspek sebab dan pergantungan, terdapat dua bahagian yang
terkandung di dalam aspek ini iaitu dari sudut perkataan atau lafaz dan juga
perbuatan. ‘Urf perkataan ialah ‘urf yang berkaitan dengan penggunaan perkataan
untuk makna-makna yang sudah menjadi kebiasaan dan difahami oleh masyarakat
setempat atau orang ramai (Badrān Abu al-‘Unayn 1965:318).
Dengan kata lain sesuatu perkataan itu telah
bergantung menjadi satu kebiasaan ataupun sesuatu masyarakat telah biasa
menggunakannya. Misalnya: Di sini diambil kira dari sudut lafaz
dan perkataan ٲولادكم . Daripada ayat ini, lafaz tersebut adalah lafaz yang merujuk
kepada lelaki dan perempuan. Namun mengikut ‘urf dan adat ia hanya terbatas
kepada lelaki sahaja.
Manakala contoh yang kedua dapat dilihat melalui ayat
al-Quran:-
يوْصِيْكُمُ اللّٰهُ فِىْۤ اَوْلَادِكُم
لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْاُنْثَيَيْنِ
Maksudnya: Allah perintahkan kamu mengenai
(pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak
lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. ( al-Nisā 4: 11 )
Di sini diambil kira dari sudut lafaz dan perkataan ٲولادكم . Daripada ayat ini, lafaz tersebut adalah
lafaz yang merujuk kepada lelaki dan perempuan. Namun mengikut ‘urf dan adat ia
hanya terbatas kepada lelaki sahaja.
Manakala contoh yang kedua dapat dilihat melalui ayat
al-Quran:-
وَهُوَ الَّذِىْ سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَاْكُلُوْا
مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا
Maksudnya: Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya
kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup. (an-Nahl 16:14)
Melalui ayat ini penggunaan lafaz لحم dalam al-Quran menyatakan ia adalah
daging. Namun, mengikut adat kebiasaan dimaksudkan adalah ikan dan ia terkeluar
daripada kategori daging. ( Rosmawati Ali @ Mat Zin 2005: 136 ).
Selain itu,‘Urf ‘amaliyy ialah ‘urf yang berkaitan
dengan perbuatan ataupun amalan yang telah menjadi kebiasaan manusia dan orang
ramai. Perbuatan atau amalan itu sememangnya sentiasa diamalkan. ( Rosmawati
Ali @ Mat Zin 2005: 136 ).
Contoh ‘urf perbuatan ialah amalan
jual beli dilakukan dengan keadaan hanya berunjuk tanpa sighah ijab dan qabul.
Hal ini menunjukkan bahawa perbuatan berunjuk-unjuk tanpa sighah ijab dan qabul
adalah dibenarkan oleh syarak memandangkan ia merupakan sesuatu perkara yang
menjadi kebiasaan dan ‘urf masyarakat setempat.
Seterusnya, aspek kedua ialah aspek sumber. Di dalam
aspek ini, terdapat tiga bahagian yang akan menjadi tajuk perbincangan iaitu
ām,khāṣ dan shar’iyy.
‘Urf ām ialah sesuatu perbuatan atau perkataan yang
sememangnya menjadi kebiasaan di seluruh pelusuk dunia dan semua negara dan
perkara ini akan berkekalan sepanjang zaman (Badrān Abu al-‘Unayn 1965:318).
Antara contoh ‘urf am ialah tidak kira mengambil
tempoh penggunaan bilik air. Di dalam situasi ini, semua orang akan membayar
dengan kadar dan harga yang sama serta tidak dikira sama ada lama atau
sekejapnya seseorang itu menggunakan bilik air. Hal ini telah menjadi suatu
perkara biasa di seluruh pelusuk dunia. Tidak ada satu pun negara di dunia akan
menetapkan bahawa seseorang itu perlu membayar berdasarkan tempoh penggunaan bilik
air.
Selain itu, memasuki masjid tanpa menanggalkan kasut
ataupun selipar dikira telah menghina kemuliaan dan mencemari kesucian masjid.
Situasi ini adalah menjadi perkara yang biasa yang diamal oleh masyarakat di
seluruh dunia.
Di samping itu,‘Urf khāṣ ialah sesuatu perkara yang
telah menjadi kebiasaan atau dikenali hanya di kalangan penduduk dan masyarakat
di sesebuah negara atau negeri atau di kawasan serta kempulan-kumpulan tertentu
(Badrān Abu al-‘Unain 1965:318).
Contoh ‘urf ini ialah seperti di negara Malaysia.
Seseorang yang ingin memasuki rumah orang Islam tanpa menanggalkan kasut atau
selipar adalah dianggap sebagai kurang ajar dan menghina tuan rumah. Namun
demikian, situasi ini berbeza dengan negara-negara Barat seperti Amerika.
Selain itu, perkataan الدابةtelah dikenali oleh penduduk di Iraq
sebagai kuda ( Muhammad Adib bin Samsudin 2010 ). Walaubagaimanapun, istilah
itu hanya digunakan di negara Iraq sahaja dan bukan di negara-negara lain. ini
menunjukkan bahawa ‘urf khas tidak meliputi kesemua negara akan tetapi hanya
melibatkan kawasan-kawasan tertentu.
‘Urf shari’yy pula ialah suatu lafaz yang telah
digunakan oleh syarak dengan makna yang khusus ( Muhammad Adib bin Samsudin
2010 ). Hal ini dapat dilihat melalui makna yang terdapat di dalam sesuatu
lafaz.
Contohnya lafaz sembahyang. Sembahyang dari sudut
bahasa bermaksud berdoa untuk kebaikan manakala dari segi istilah syarak pula
bermaksud perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram
dan diakhiri dengan salam. Melalui kedua-dua pengertian ini, makna dari segi
bahasa dan istilah adalah berlainan. Namun, istilah syarak menunjukkan makna
tertentu iaitu bukan sekadar doa, tetapi ada perbuatan lain yang perlu
dilakukan sehingga sah perbuatan tersebut.
Manakala perkataan puasa dari segi bahasa ialah
menahan diri. Istilah syarak pula bermaksud menahan diri daripada sesuatu
perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga ke terbenam
matahari. Ini menunjukkan bahawa berpuasa perlulah merangkumi perbuatan yang menahan
diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bagi membolehkan perbuatan
puasa itu sah dan diterima.
Akhir sekali ialah dapat dilihat melalui aspek
perakuan dan penolakan syarak, ia terbahagi kepada dua iaitu dari segi ṣaḥiḥ
dan fāsid.
‘Urf yang ṣaḥiḥ di sini bermaksud segala adat yang
berkaitan dengan perbuatan, perkataan, sama ada ia khas atau am itu tidak
bercanggah dengan nas syarak mahupun ijmak (Badrān Abu al-‘Unain 1965:318).
Selain itu, ia juga membawa maksud sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan orang
ramai untuk melakukannya tanpa membatalkan perkara wajib serta tanpa
mengharamkan yang halal dan tanpa menghalalkan yang haram ( Rosmawati Ali @ Mat
Zin 2005: 137 ).
Contoh ‘urf ṣaḥiḥ adalah seperti perlunya sekufu di
dalam perkahwinan, tiada syarat tersebut pada asalnya di dalam nas namun syarat
‘urf itu diterima . Di dalam hal ini, tiada hukum pada asalnya, namun ‘urf ada
menetapkan dan ia tidak bercanggah dan boleh diterima. ( Rosmawati Ali @ Mat
Zin 2005: 137 ).
Manakala, ‘urf fāsid adalah segala adat yang berlaku
dalam masyarakat dan didapati bertentangan dengan syariat Islam. ( Rosmawati
Ali @ Mat Zin 2005: 136 ).
Contoh ‘urf fasid ialah tawaf dalam kedaan tidak
berpakaian. Hal ini jelas bertentangan dengan syarak kerana Islam sama sekali
melarang umatnya tidak berpakaian apatah lagi ketika beribadat kepada Allah. Di
samping itu, pergaulan bebas dan tidak menutup aurat di antara perempuan dan
sepupu lelaki yang sering berlaku di dalam masyarakat adalah sama sekali
bercanggah dengan nas iaitu mengharamkan mendedahkan aurat kepada bukan mahram.
KEHUJAHAN AL-‘URF
Terdapat perselisihan di antara ulama usul fiqh sama
ada menerima atau menolak ‘urf sebagai salah satu daripada sumber untuk
mengeluarkan hukum dalam permasalahan fiqh. Golongan yang menerima ialah ulama
Hanafi dan Maliki. Mereka menerima ‘urf sebagai hujah atau dalil hukum. Malah
Imam Malik mengguna pakai hukum ‘urf dalam kitabnya Al-Muwatta’ . Ulama Hanbali
juga berpegang kepada ‘urf sebagai sumber hukum bahkan meluaskan penggunaannya.
(Muhammad bin Ibrahim 2007)
Mereka mengiktiraf ‘urf sebagai sumber hukum syarak
kerana ia adalah selari dengan nas syarak. Oleh itu mereka menetapkan bahawa
wajib beramal dengan hukum yang diistinbat melalui ‘urf. Ini adalah berdasarkan
kepada ayat Allah :
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ
عَنِ الْجَاهِلِين
Maksudnya :Terimalah apa yang mudah engkau lakukan,
dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan)
orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). (Surah al-A’raaf :
199)
Berdasarkan ayat ini Allah mengambil kira ‘urf dan
adat sebagai salah satu untuk dijadikan sumber hukum manakala ‘urf sememangnya
adalah suatu perkara yang dan boleh dijadikan sumber hukum. Ia menjadi
kehujahan Mazhab Hanafi dan Maliki.
Manakala golongan yang tidak menerima ‘urf sebagai
hujah ialah Imam Syafie. Imam Syafie tidak menerima ‘urf sebagai sumber hukum
secara jelas dan nyata. Mazhab Zahidiah dan Syiah juga tidak menerima ‘urf
sebagai sumber hukum. (Ibnu Ibrahim Muhammad, 2007). Golongan ini menolak
kehujahan ‘urf kerana ia bercanggah dengan nas-nas syarak. Contohnya seperti
amalan riba yang berlaku dalam adat masyarakat jahiliyyah terus diharamkan oleh
syarak . Hal ini jelas bertentangan dengan syar
Relevansi
'Urf Melayu Sebagai Asas Penetapan Hukum
Urf tempatan sesuatu masyarakat perlu diambil kira
dalam penetapan hukum semasa yang tiada nas yang jelas. Namun begitu, cumber
subsidiari ini masih diragui kehujahannya dalam menyelesaikan persoalan semasa.
Justeru, proses pembentukan syarat pengambilkiraan yang ditetapkan olehfuqaha'
silam dalam 'urf adat perlu ditinjau dan dinilai semula berasaskan realiti masa
kini. Proses ini amat signifikan dalam pembinaan kerangkafiqh yang berlatarkan
realiti dan mentaliti tempatan3 Pengkaji mendapati pembentukan syarat tersebut
berasaskan kepada beberapa faktor. Di antaranya;
i. Epistemologi
hukum Islam Timur Tengah yang dibangunkan melalui engine usul al-fiqh hasil
gabungan antara wahyu Ilahi (unsur ketuhanan) dan akal fikiran (unsur
kemanusiaan) yang bersifat lokal (nilai tempatan). Secara umumnya akal atau
kefahaman manusia boleh dibahagikan kepada tahap biasa yang mewajibkan taklif
syar'i (tanggungjawab agama). Dan tahap mendalam yang eksklusif untuk para
faqih (sarjana Islam). Tahap kefahaman yang mendalam perlu dalam proses
menginterpretasikan kandungan al-Qur'an dan al-Sunnah di samping bertindak
menyusun akal dengan sistematik melalui engine usul al-fiqh. Proses ini
signifikan dalam menghasilkan metode qiyas, maslahah, istihsan dan sebagainya.
Selain itu, kefahaman mendalam perlu untuk mengetahui tuntutan budaya setempat
dalam mengeluarkan hukum. Justeru peranan tersebut perlu dijana oleh sarjana
Islam setempat dalam menyelesaikan permasalahan tempatan.
ii. Warisan dan hasil manifestasi daripada zaman
keunggulan tamadun intelektual Islam pada abad 1H hingga 6H, sedangkan Islam
yang datang ke Tanah Melayu dalam keadaan zaman kejatuhan keintelektualan umat
Islam. Zaman ini dikenali sebagai zaman gelap (dark ages) bagi masyarakat
Islam. Umat Islam terpengaruh dengan sufism dan Islam popular yang dibawa oleh
golongan pendakwah, gejala taqlid selepas penutupan pintu ijtihad pada abad
keenam Hijrah. Selain itu, masyarakat Melayu terpengaruh dengan budaya popular
mubaligh yang lebih merupakan baggage cultural. Pengaruh negatif ini memberi
kesan kepada cara hidup masyarakat Melayu.
iii. Berasaskan budaya masyarakat
Timur Tengah dalam kelompok Caucasian yang berbeza dengan Melayo-Polinesia. Berasaskan teori ras, masyarakat Melayu yang
berada dalam kumpulan MelayoPolinesia mempunyai ciri-ciri hubungan sosial yang
berbeza dengan masyarakat selainnya terutama komuniti Arab yang berada dalam
kumpulan Caucasian yang menjadi pusat implementasi al-Qur'an dan medan
interpretasi al-Sunnah. Perkara ini ditekankan oleh Ibn Khaldun yang mana
perbezaan sikap manusia berhubungan dengan perbezaan iklim. Begitu juga
perbezaan alam sekeliling. Ketidaksamaan ini melahirkan bibit bibit dan tingkah
laku yang berlainan, seterusnya mencetuskan 'urf dan adat yang berbeza. Perbezaan
kelompok ras yang besar ini melahirkan 'urf dan adat yang bervariasi. Kelompok
Caucasian (kulit putih) khususnya bangsa Arab mempunyai cara hidup dan
kebiasaan tersendiri berbanding dengan kelompok MelayoPolinesia yang berwarna
coklat (sawo matang)
iv. Sistem kekeluargaan yang unik. Masyarakat Melayu
mengamalkan sistem bilateral" atau dwisisi (kognatik) bukannya berbentuk
patriaki atau matriaki (khusus masyarakat Minangkabau sahaja). Sistem
kekeluargaan bilateral menekankan peranan ibu dan bapa sama penting. Justeru,
kaum ibu bekerjasama dengan bapa untuk mencari rezeki. Berbeza dengan
masyarakat Arab yang didominasi kaum bapa. Justeru ciri ini mempunyai implikasi
hukum yang signifikan. Sebagai contoh, amalan Harta Sepencarian. Perbezaan
antara adat Tanah Arab dengan Tanah Melayu dapat dilihat dalam huraian
Hazairin. Beliau menjelaskan al-Qur'an anti-unilateral sebaliknya
pro-masyarakat bilateral. Masyarakat Arab merupakan masyarakat patriaki
sedangkan masyarakat Melayu bilateral di mana peranan ibu bapa adalah sama.
Justeru berlaku konflik antara adat dengan hukum fiqh ahl al-Sunnah. Begitu
juga, dalam persoalan perkahwinan. Kaum wanita di Tanah Melayu boleh
mengahwinkan din sendiri tanpa memerlukan wali berasaskan fiqh Hanafi. Ini
kerana dalam masyarakat Tanah Melayu peranan bapa sama dengan ibu, malah
masyarakat Minangkabau peranan ibu lebih kuat daripada bapa dalam rumah tangga.
Berbeza dengan masyarakat Arab yang mana tersusun dari garis bapa. Bapa
mendominasi urusan rumahtangga. Justeru, fiqh Syafi'I yang memerlukan perwalian
lebih sesuai dipraktikkan di Tanah Arab.
Berasaskan beberapa ciri khusus yang terdapat
dalam masyarakat Melayu sebagai paksi utama bangsa Malaysia, pengkaji
merumuskan beberapa unsur dalam pengambil kiraan dan penetapan adat masyarakat
tempatan sebagai cumber hukum subsidiari, di antaranya;
1. Adat
tersebut melibatkan unsur akidah ataupun transcendent dan syariah. Tiada
dikotomi antara adat yang melibatkan persoalan usuluddin (akidah) dengan
syariah. Pensyaratan ini perlu diambilkira kerana adat merupakan tingkah laku
atau perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan
kadangkala melibatkan elemen akidah dan syariah. Dalam erti kata lain, adat
masyarakat tidak terbatas dalam konotasi sempit syariah semata-mata bahkan
terdapat juga dalam bidang usuluddin.
2. Adat yang diamalkan bersifat rasionalistik.
Adat baik (sahih) yang rasional perlu diambil kira sebagai asas penetapan hukum
sebaliknya menolak adat buruk (fasid) yang berunsur tahayul, khurafat, bid'ah
dan luar batas pemikiran manusia. Rasionaliti sesuatu adat merupakan syarat
penting dalam mengambil kira adat setempat kerana terdapat adat yang
berlandaskan magis dan perkara-perkara yang di luar kemampuan akal manusia.
3. Adat perlu bersifat societal atau
kemasyarakatan yang ia diterima, diperakui dan diamalkan dalam masyarakat
Melayu. Adat yang melibatkan kelompok minoriti dan amalan peribadi tidak perlu
diambilkira
4. Adat yang diguna pakai mestilah berasaskan
epistemologi masyarakat setempat bukannya epistemologi masyarakat lain
khususnya Timur Tengah. Adat tersebut diamalkan oleh orang tempatan dalam
kelompok mereka dan sesuai dengan latar belakang realiti dan mentaliti mereka.
Justeru, para pengkaji adat tempatan dan hukum Islam perlu mengambil kira
elemen-elemen tersebut yang menjadi tunjang dan asas kekuatan metode 'urf dan
adat agar proses kebiasaan setempat yang membentuk 'urf dan adat boleh
diperakui kesahihannya.
Syarat-syarat Pengambil kiraan 'Urf dan Adat
Sarjana usul telah
menggariskan beberapa syarat dalam pengambilkiraan 'urf dan adat sebagai asas
hukum. Ini bagi memastikan nilai yang diterimapakai tersebut tidak bertentangan
dengan objektif syariah untuk merealisasikan dan mengoptimumkan segala kebaikan
dan meminimumkan kemudaratan. Syarat-syarat tersebut adalah;
i. 'Urf itu tidak berlawanan dengan nas syarak
sebaliknya jika ia berlawanan dengan nass, maka 'ugetersebut tidak boleh
diambilkira dan diamalkan seperti transaksi berunsur riba, pendedahan aurat dan
sebagainya.
ii. Urf itu telah
diamalkan secara menyeluruh dan meluas oleh masyarakat. Kalaupun ada yang tidak
mengamalkannya hanya dalam jumlah yang minimum.
iii. Urf atau adat yang
akan dirujuk dalam sesuatu tindakan itu sudah wujud ketika hendak dilakukan
tindakan itu. Ertinya, 'urf" itu telah mendahului waktu tindakan dan
berterusan sehingga masa berlakunya tindakan itu
iv.Tidak wujud sesuatu
perkataan atau perbuatan yang berterus terang menyalahi 'urf. Maka tidak harus
berpegang kepada sekiranya terdapat perkataan dan perbuatan yang mengetepikan
penggunaan urf adat.
v. Pengamalan urf tersebut mestilah umum merangkumi seluruh
negara. Yang zahir pada kaitan ini hanya khusus kepada 'urf yang membatasi yang
umum dan mengikatkan yang mutlak.
vi. Urf itu hendaklah
dimestikan (mulzaman) di mana wajib beramal dengannya pada pandangan manusia.
Syarat ini terdapat dalam fiqh Maliki dan Hanafi.
Justeru, para sarjana usul
fiqh menggariskan beberapa garis panduan dan kriteria yang menjadi standard
piawaian sebelum menerima pakai metode tersebut sebagai sumber berautoriti
dalam fiqh Islam.
Adat Dalam
Pembinaan Hukum
Sedar atau tidak,
sebenarnya adat merupakan salah satu di antara sumber-sumber hukum dalam Islam.
Pun begitu, ia tidaklah disepakati oleh ijma’ ulama akan keabsahannya untuk digunakan
sebagai salah satu sumber hukum yang solid. Di sisi mazhab Hanafi, pemakaian
adat adalah sangat besar dalam pembinaan hukum yang berkaitan Muamalah. Harus
dijelaskan, Muamalah bukanlah bermaksud perkara-perkara yang berkaitan dengan
perbankan atau jual beli sahaja, tetapi tertakluk di bawah muamalah juga ialah
perkara-perkara yang melibatkan masyarakat dan negara. Maka, konsep adat
merupakan salah satu perkara yang diambil kira dalam penentuan hukum dan uruf
semasa.
Ibnu ‘Abidin di dalam Raddul Mukhtar
menyatakan:
“Adat kebiasaan adalah salah satu
daripada hujah agama terhadap perkara yang tidak ada padanya nas syarak.”
Para imam dan Mufti harus mengetahui adat sesebuah masyarakat dalam
negerinya.Pengetahuan tentangnya memberi impak yang sangat besar dalam
penentuan hukum dan fatwa. Kerana itu juga, al-Qarafi menyatakan:
“ Segala hukum adalah berpandukan kepada ‘uruf/adat kebiasaan
dan berpindahnya seorang ahli fiqh (pendapatnya) itu juga adalah apabila
berpindahnya adat tersebut. Di antara kebodohan seorang mufti ialah kelesuannya
berhukum dengan hanya berpegang kepada nas yang terdapat dalam kitab-kitab
tanpa mengambil kira kepada perubahan ‘uruf/adat yang berlaku di sekitarnya.”
Sebagai contoh, tatkala Imam Mazhab
as-Syafi’i, Muhammad ibn Idris al-Syafi’i berada di Iraq, banyak pendapat,
hukum dan fatwa yang dikeluarkan oleh beliau pada ketika itu adalah solid
berpandukan kepada al-Quran dan sunnah dan juga adat masyarakat Iraq ketika
itu. Ia dikenali dalam ilmu fiqh sebagai qaul qadim.
Berbeza keadaannya pula apabila beliau
mula berpindah ke negara Mesir. Ketika itu, beliau mula melihat serta
memerhatikan keadaan serta ‘uruf masyarakat Mesir yang berbeza dengan keadaan
masyarakat Iraq. Disebabkan ‘uruf yang berbeza itulah, pendapat serta
fatwafatwa yang dikeluarkan beliau ketika berada di Mesir adalah berbeza dengan
apa yang telah dikeluarkan di Iraq, padahal berlingkaran dalam isu yang sama.
Ia turut dikenali sebagai qaul jadid.
Begitu juga di sisi Mazhab Hanafi. Adat
merupakan di antara salah satu method dan kaedah yang sering diambil dalam
pembinaan hukum. Malahan, pelbagai kaedah fiqhiyyah yang telah digunapakai oleh
para alim ulama dalam pembinaan hukum yang berasaskan kepada konsep adat dan urf.
Di antaranya ialah kaedah yang memberi maksud apa yang telah dikenali sebagai
uruf setempat, maka ia telah menjadi tuntutan sebagaimana yang telah
disyaratkan syara’.
Kewujudan kaedah-kaedah yang berkisar
dalam adat sebegini menjadi dalil bahawa Islam tidak melarang secara total apa
yang dikatakan sebagai adat masyarakat. Walau bagaimanapun, tidak melarang
tidaklah bererti diperbolehkan semuanya. Kerana kita berpandukan kepada
syariat, yang memerlukan kepada pendalilan al-Quran dan hadis, serta ijmak
ulama dan qiyas.
Pun begitu, sesuatu hukum yang
diistinbatkan menerusi kaedah adat juga boleh berubah dengan berubahnya masa
dan tempat. Isu furu’ akan berubah selaras berubahnya hukum yang asal, dan
kerana itulah ulama’ feqah mengatakan, berubahnya adat kerana berubahnya waktu
dan masa, bukan berubahnya hujjah dan dalil.
Polemik Kekeliruan
Terhadap Adat dan Syariat
Ironinya, masyarakat
Melayu khususnya di Nusantara ini sangat berpegang kepada adat melebihi apa
yang sepatutnya. Tidak terkecuali masyarakat Melayu Malaysia. Kewujudan
perlbagai adat yang ada sekarang ini, seharusnya tidak dipolemikkan sehingga
menjadi isu yang runcing. Tetapi dek kerana ketaksuban berpegang kepada adat
sehingga menimbulkan bibit-bibit perpecahan itu yang membimbangkan.
Al-Imam Sarakhsi (w. 483H), menukilkan
dalam kitab beliau yang bertajuk al-Mabsuth: Iaitu ‘Setiap sesuatu yang
dikenali menyalahi kepada nas syarak, dianggap tidak muktabar (tidak boleh
diikuti)
Saya mengambil contoh dalam
hal perkahwinan. Apa yang menjadi garis panduan dalam syariat adalah terlalu
ringkas, mudah dan tidak memberatkan kepada pasangan bakal pengantin. Tetapi,
kewujudan adat yang kadang-kadang melampaui apa yang telah digariskan oleh
syarak, ia telah menyebabkan berlakunya ghoror yang berupa perbalahan,
pergaduhan dan sebagainya.
Masyarakat memandang, apabila disebut
sahaja sebagai adat, seakan-akan hukum untuk melaksanakannya adalah wajib dan
mesti ditunaikan. Sedangkan hak serta tanggungjawab terhadap agama yang perlu
lebih ditekankan pula dipandang enteng. Polemik sebegini bukanlah rekaan
mahupun retorik kerana buktinya ialah dengan apa yang telah berlaku dalam
masyarakat kita sekarang ini. Kesemuanya adalah disebabkan tidak dapat
membezakan adat yang dibenarkan syarak untuk melaksanakannya dan adat yang
dilarang oleh syarak daripada melaksanakannya.
Adat
sebagaimana yang dibahaskan oleh para alim ulama mempunyai dua jenis:
i)
Adat/‘Uruf Sahih: Iaitu Adat yang
tidak menyalahi nas dan dalil syarak, tidak mengharamkan perkara yang halal dan
tidak menghalalkan perkara yang haram, tidak mengatakan perkara wajib itu
sebagai haram atau sunat atau perkara haram itu sebagai wajib atau sunat
sebagaimana yang masyhur dalam perbuatan kalangan masyarakat kita.
ii)
Adat/‘Uruf fasid: Adat yang menyalahi
nas dan dalil syarak, hukumnya tidak wajib (Makruh) untuk
melakukan/melaksanakannya kerana perlanggaran hukum yang telah disyariatkan
oleh agama.
Selain itu, para fuqaha’ juga
menggariskan panduan dalam menentukan sesuatu itu sebagai adat ataupun tidak.
Di antaranya ialah:
i.
Adat tersebut tidak menyalahi dengan nas/dalil syara’.
Sebagai contoh, jika masyarakat sesebuah tempat mengetahui bahawa sesuatu aqad
yang dilakukan mereka ialah aqad yang fasid (rosak) seperti aqad yang
mengandungi ghoror, mempunyai unsur riba atau judi, maka adat tersebut tidak
boleh untuk diteruskan atau dilakukan oleh mana-mana individu kerana menyalahi
syarak.
ii.
Adat tersebut diamalkan secara meluas oleh
masyarakat.
iii.
Adat yang dirujuk tersebut telah
wujud sebelum berlakunya hal yang melakukan sesuatu perkara.
iv.
Adat itu hendaklah menjadi kelaziman
masyarakat ( mulzaman) di mana wajib beramal dengannya pada pandangan manusia.
Syarat ini terdapat di sisi mazhab Maliki dan Hanafi.
Apa yang nyata memberi masalah pada
masyarakat kita sekarang ini ialah, salah dalam mengaplikasian kaedah ini telah
nyata menyumbang kepada permasalahan. Terutamanya dalam permasalahan ibadat dan
juga munakahat (perkahwinan). Kewujudan adat-adat yang pelik, yang berselindung
dengan kata-kata di sebalik ibadat, sangat mengecewakan.
Ditambah pula dalam hal-hal perkahwinan. Adanya adat yang
menyukarkan penyatuan bakal pengantin ternyata memberi kesan besar terhadap
moral masyarakat. Stigma negatif bermain dalam pemikiran anak-anak muda
sehingga akhirnya memberi kesan negatif. Berleluasanya penzinaan, meningkatnya
isu cerai dan pelbagai masalah sosial yang lain. Kesemuanya adalah disebabkan
salah faham terhadap konsep sebenar dalam pengaplikasian Adat di sisi syarak.
Al ‘adatu
Muhakkamah
اَلْعَادَةُ
مُحَكَّمَة
“Adat kebiasaan
dapat dijadikan hukum”
Al-‘aadah
muhkamah secara bahasa al-‘aadah diambil dari kata al-‘aud (العود) atau al-mu’awadah ( المعاودة) yang artinya berulang (التاكر ار).
Ibnu nuzaim
mendifinisikan al-‘aadah dengan
عبارة عما يستقق ر في ا لنفو س من الا مو ر المتكررة
المقبولة عند الطباع الساليمة
“sesuatu
ungkapan dari apa yang terpendam dalam diri,perkara yang berulang-ulang yang
biasa diterima oleh tabi’at(perangai)yang sehat.”
Menurut al-Jurjani:
العادة
ا استمر النفس عليه على حكم المعقول وعا دوا اليه مرة بعد اخرى
“Al-‘aadah ialah
sesuatu(perbuatan/perkataan) yang terus menerus dilakukan oleh manusia, karena
dapat diterima oleh akal, dan manusia mengulang-ulanginya terus menerus”
Para ulama
mengartikan al-‘aadah dalam pengertian yang sama dengan al-urf, karena
substansinya sama, meskipun dengan ungkapan yang berbeda,misalnya al-‘urf di
definisikan dengan:
العرف
هو ما تعارف عليه الناس واعتاده فى اقوالهم وافعالهم حتى طار ذالك مطردا غالبا
‘urf adalah apa yang
dikenal oleh manusia dan mengulang-ulangnya dalam ucapannya dan perbuatannya
sampai hal tersebut menjadi biasa dan berlaku umum.”
Menurut abdul wahab khalaf:
العرف
هو ما تعارفه النس وسار عليه من قول او فعل اوترك ويسمى العادة وفى لسان الشرعيين
لافرق بين العرف والعادة
“al-‘urf ialah sesuatu yang
telah diketahui oleh orang banyak dan dikerjakan oleh mereka, dari:perkataan,perbuatan
atau sesuatu yang ditinggalkan.hal ini dinamakan pula dengan al-‘aadah.dan
dalam bahasa ahli syara’ tidak ada perbedaan antara al-‘urf dan al-‘aadah.
Dari memperhatikan
ta’rif-ta’rif diatas, dan juga ta’rif yang diberikan oleh ulama-ulama,
dapat di fahami bahwa al-‘urf dan al-‘aadah adalah semakna, yang merupakan
perbuatan atau perkataan.
Keduanya harus betul-betul
telah berulang-ulang di kerjakan oleh manusia,sehingga melekat pada jiwa,
dibenarkan oleh akal dan pertimbangan yang sehat tabi’at yang sejahtera.
Hal yang demikian itu tentu
merupakan hal yang bermanfaat dan tidak bertentangan dengan syara’.
Akan tetapi tidaklah
termasuk dalam pengertian al-‘aadah dengan al-‘urf hal-hal yang membawa
kerusakan, kedurhakaan dan tidak ada faedahnya sama sekali. Misalnya: mu’amalah
dengan riba, judi,saling menipu ,dan sebagainya. Meskipun perbuatan-perbuatan
itu telah menjadi kebiasaan dan bahkan mungkin sudah tidak dirasa lagi
keburukannya.
Diantara perbuatan yang
hukumnya oleh rosulullah SAW ditetapkan berdasarkan adat ialah seperti yang
diterangkan hadist:
قدالنبي
صلى الله وسلم المدينة وهم يسلفون فىالسمار السنة والسنتين فقال: من سلف في شمر
فليسلف في كيل معلوم ووزن معلوم الى اجل معلوم اخرجه البجارى عن ابن عباس
“ketika nabi SAW datang dimadinah,mereka
(penduduk madinah) telah biasa member uang panjar (uang muka) pada buah-buahan
untuk waktu satu tahun atau dua tahun.”
“maka nabi bersabda:barang
siapa yang memberi uang panjar pada buah-buahan, maka berikanlah uang panjar
itu pada takaran yang tertentu, timbangan yang tertentu dan waktu yang
tertentu.”
Dasar Hukum
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ
الْجَاهِلِينَ
“Jadilah engkau
pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada
orang-orang yang bodoh”
مَا رَءَاهُ
اْلمُسْلِمُوْنَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللهِ حَسَنٌ وَمَا رَءَاهُ المُسْلِمُوْنَ
سَيْئًا فَهُوَ عِنْدَااللهِ سَيْءٌ
"Apa yang
dipandang baik oleh orang-orang Islam maka baik pula di sisi Allah, dan apa
saja yang dipandang buruk oleh orang Islam maka menurut Allah pun digolongkan
sebagai perkara yang buruk" (HR. Ahmad, Bazar, Thabrani dalam Kitab
Al-Kabiir dari Ibnu Mas'ud).
Macam-Macam Kaedah
1)
اِسْتِعْمَالُ النَّاسِ حُجَّةٌ يَجِبُ
العَمَلُ بِهَا
“Apa yang biasa diperbuat
orang banyak adalah hujjah (alasan/argument/dalil) yang wajib diamalkan”
Maksud kaidah ini adalah
apa yang sudah menjadi adat kebiasaan di masyarakat, menjadi pegangan, dalam
arti setiap anggota masyarakat menaatinya.
Contoh: Apabila tidak
ada perjanjian antara sopir truk dan kuli mengenai menaikkan dan menurunkan
batu bata, maka sopir diharuskan membayar ongkos sebesar kebiasaan yang
berlaku.
2)
اِنَّمَا تُعْتَبَرُ العَادَةُ اِذَا اضْطَرَدَتْ اَو
غَلَبَتْ
“Adat yang
dianggap (sebagai pertimbangan hukum) itu hanyalah adat yang terus-menerus
berlaku atau berlaku umum”
Dalam masyarakat suatu perbuatan atau perkataan
yang dapat diterima sebagai adat kebiasaan, apabila perbuatan atau perkataan
tersebut sering berlakunya, atau dengan kata lain sering berlakunya itu sebagai
suatu syarat (salah satu syarat) bagi suatu adat untuk dapat dijadikan sebagai
dasar hokum.
Contoh: Apabila
seorang yang berlangganan koran selalu diantar ke rumahnya, ketika koran
tersebut tidak di antar ke rumahnya, maka orang tersebut dapat menuntut kepada
pihak pengusaha koran tersebut.
3)
العِبْرَةُ للِغَالِبِ الشَّا ئِعِ لاَ لِلنَّادِرِ
“Adat yang
diakui adalah yang umumnya terjadi yang dikenal oleh manusia bukan dengan yang
jarang terjadi”
Ibnu Rusydi
menggunakan ungkapan lain, yaitu:
الحُكْمُ بِا لمُعْتَا دِلاَ بِا النَّادِرِ
“Hukum itu
dengan yang biasa terjadi bukan dengan yang jarang terjadi”
Contoh: Menetapkan
hukum mahar dalam perkawinan namun tidak ada kejelasan berapa banyak ketentuan
mahar, maka ketentuan mahar berdasarkan pada kebiasaan.
4)
المَعْرُوْفُ عُرْفَا كَالْمَشْرُوْطِ شَرْطًا
“Sesuatu yang
telah dikenal ‘urf seperti yang disyaratkan dengan suatu syarat”
Maksudnya adat kebiasaan dalam bermuamalah
mempunyai daya ikat seperti suatu syarat yang dibuat.
Contoh: Menjual
buah di pohon tidak boleh karena tidak jelas jumlahnya, tetapi karena sudah
menjadi kebiasaan maka para ulama membolehkannya.
5)
الْمَعْرُوْفُ بَيْنَ تُجَّارِ كَالْمَشْرُوْطِ
بَيْنَهُمْ
“Sesuatu yang
telah dikenal di antara pedagang berlaku sebagai syarat di antara mereka”
Sesuatu yang menjadi adat di antara pedagang,
seperti disyaratkan dalam transaksi.
Contoh: Transaksi
jual beli batu bata, bagi penjual untuk menyediakan angkutan sampai kerumah
pembeli. Biasanya harga batu bata yang dibeli sudah termasuk biaya angkutan ke
lokasi pembeli.
6)
التَّعْيِيْنُ باِلْعُرْفِ كَالتَّعْيِيْنِ بِالنَّص
“Ketentuan
berdasarkan ‘urf seperti ketentuan berdasarkan nash”
Penetapan suatu hukum tertentu yang didasarkan pada
‘urf dan telah memenuhi syarat-syarat sebagai dasar hukum, maka kedudukannya
sama dengan penetapan suatu hukum yang didasarkan pada nash.
Contoh: Apabila
orang memelihara sapi orang lain, maka upah memeliharanya adalah anak dari sapi
itu dengan perhitungan, anak pertama untuk yang memelihara dan anak yang kedua
utuk yang punya, begitulah selanjutnya secara beganti-ganti.
7)
المُمْتَنَعُ عَادَةً كَالْمُمْتَنَعِ حَقِيْقَةً
“Sesuatu
yang tidak berlaku berdasarkan adat kebiasaan seperti yang tidak berlaku dalam
kenyataan”
Maksud kaidah ini adalah apabila tidak mungkin
terjadi berdasarkan adat kebiasaan secara rasional, maka tidak mungkin terjadi
dalam kenyataannya.
Contoh: Seseorang
mengaku bahwa tanah yang ada pada orang itu miliknya, tetapi dia tidak bisa
menjelaskan dari mana asal-usul tanah tersebut.
8)
الحَقِيْقَةُ تُتْرَكُ بِدَلاَلَةِ العَادَةِ
“Arti hakiki
(yang sebenarnya) ditinggalkan karena ada petunjuk arti menurut adat”
Contoh: Apabila
seseorang membeli batu bata sudah menyerahkan uang muka, maka berdasarkan adat
kebiasaan akad jual beli telah terjadi, maka seorang penjual batu bata tidak
bisa membatalkan jual belinya meskipun harga batu bata naik.
9)
الاِذْنُ العُرْفِ كَالاِذْنِ اللَفْظِى
“Pemberian izin
menurut adat kebiasaan adalah sama dengan pemberian izin menurut ucapan”
Contoh: Apabila
tuan rumah menghidangkan makanan untuk tamu tetapi tuan rumah tidak
mempersilahkan, maka tamu boleh memakannya, sebab menurut kebiasaan bahwa
dengan menghidangkan berarti mempersilahkannya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, ‘urf dan
adat tetap diambil kira dalam memberi fatwa dan penghakiman bagi memelihara
kepentingan atau maslahah, kerana sebahagian dari bentuk
maslahah-maslahah manusia hendaklah memperakukan sesetangah yang telah menjadi
kebiasaan dan adat mereka bertahun-tahun lamanya dan silih berganti generasi
demi generasi. Kebiasaan dan amalan sedemikian merupakan suatu kelakuan sosial
yang sukar untuk ditingglkan. Oleh itu, pengiktirafan itu tidak mutlak, bahkan
terikat dengan syarat ia tidak bertentangan dengan nas syarak dan roh syariat
islam.
Dengan kata
lainnya, ‘urf merupakan salah satu sumber hukum yang amat
penting, kekuatannya dibuktikan dengan dalil-dalil al-Quran, al-Sunnah
dan ijmak, ‘urf tidak boleh diguna pakai secara mutlak, bahkan
terdapat syarat-syarat tertentu yang mesti ada untuk menjadikannya sebagai
sumber hukum. Dan sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa ‘urf juga
telah bertindak sebagai salah satu di antara hukum-hukum syariat yang diperundangkan
untuk kepentingan seluruh manusia seluruhnya dan menolak sebarang keburukkan
yang menimpa mereka.
Terbaik
ReplyDeletetulisan ini sebijik mcm Jurnal Pengajian Melayu tulisan Mohd Anuar Ramli
ReplyDeletemaaf boleh bagi terperinci tentang dalil kehujahan adat
ReplyDelete